“Sediakan payung, sebelum hujan.”
Inilah sebuah peribaha Melayu yang boleh kita kaitkan dengan topik kita pada hari ini. Boleh kita ubah peribahasa ini menjadi ;
“Sediakan keselamatan, sebelum terjadinya kemalangan”
CCTV adalah singkatan daripada Closed Circuit Television Camera atau dalam Bahasa melayu adalah Televisyen Litar Tertutup. Perlukah anda memasang CCTV?
Terdapat banyak kebaikan dan sebab-sebab mengapa anda perlu menggunakan CCTV di rumah atau premis anda.
Mengambil langkah keselamatan untuk diri sendiri, keluarga atau rakan-rakan di kediaman atau premis anda atau orang lain adalah satu langkah yang bijak dan terbaik untuk melindungi insan kesayangan atau harta benda.
CCTV pada masa sekarang sudah merekodkan ribuan malah jutaan rakaman mengenai kemalangan, kematian, jenayah dan sebagainya. Perkara sebegini boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja lokasi anda atau sesiapa sahaja berada.
Image via Canva
CCTV ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Ia berbeza dengan televisyen penyiaran di mana isyaratnya tidak dihantar secara terbuka, walaupun ia boleh menggunakan pautan tanpa wayar dari titik ke titik.
CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan di kawasan-kawasan yang memerlukan pengawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan tentera, dan pasar-pasar raya.
Apa Sejarah CCTV?
Sejarah CCTV di mulai di negara Jerman pada tahun 1942 dimana pada waktu itu Jerman ingin menguji peluncuran roket yang di beri nama V-2. Bukan hanya pihak pemerintah saja yang ingin melihat langsung uji cuba peluncuran roket tersebut namun warga jerman pun bersemangat ingin melihatnya.
Semangat yang besar dari warga Jerman itupun di respon positif oleh pihak iaitu Siemen Ag, untuk mengurangkan risiko dan bahaya yang tidak diinginkan tentunya pihak Siemen Ag harus berfikir cepat dan kreatif. Seorang jurutera Jerman iaitu Walter Brunch di tunjuk sebagai ketua projek tersebut.
Terciptalah sebuah teknologi baru dari seorang jurutera Jerman Walter Brunch dengan melakukan inovasi dari peranti kamera dan peranti televisyen. Untuk pertama kalinya peranti sistem teknologi CCTV digunakan.
Penemu cctv (Sumber gambar: Wikipedia, Engineering and technology history wiki Tagar.id & Canva
Sistem CCTV inilah yang sampai sekarang banyak digunakan dan dikenali ramai serta terus diperkembangkan. Di negara Amerika Syarikat, peranti kamera CCTV yang di jual kepada orang ramai telah tersedia pada tahun 1949.
Pada masa itu CCTV di kenali dengan nama Vericon. Tidak banyak maklumat tentang Vericon ini namun yang pasti produk Vericon ini di iklankan dan dijual kepada orang ramai di negara Amerika Syarikat tanpa memerlukan keizinan dari pihak atasan.
Pada tahun 1973 di New York, pihak Polis NYPD (New York Police Department) untuk pertama kalinya memasang dan menggunakan sistem CCTV. Pemasangan Kamera CCTV di maksudkan untuk mencegah jenayah yang terjadi di daerah itu.
Sejak tahun 1970, di Negara Inggeris telah banyak terpasangnya Sistem Kamera CCTV yang kebanyakan di tujukan untuk keselamatan. Masalah jenayah adalah alasan negara Inggeris memasang kamera CCTV di banyak tempat.
Pada tahun 1985 di daerah Bournemouth di lakukan ujian pemasangan CCTV di luar ruangan seperti di perkebunan, jalan utama, stesen serta tempat letak kereta dan di anggap berhasil menurunkan angka jenayah dan kejahatan.
Sistem CCTV telah berkembang dan teknologi yang digunakan semakin moden, fungsinya sebagai alat perekod video untuk keselamatan telah bertambah menjadi alat monitoring, dahulunya CCTV banyak digunakan untuk keselamatan tempat letak kereta, pelancaran roket dan lain-lain.
Namun pada masa kini rakaman CCTV biasa digunakan sebagai bahan bukti jenayah dalam suatu persidangan, CCTV banyak digunakan untuk memantau arus lalulintas kenderaan dan sebagainya.
Sekarang ini, kamera CCTV mudah diketahui oleh setiap orang. Banyak kamera CCTV yang dipasang di siling-siling rumah, dinding atau atap bangunan.
Kamera CCTV memiliki lensa di bahagian depan, dan untuk CCTV model baru berwarna hitam dan berbentuk kecil, juga dapat melakukan putaran 360 darjah.
Masa depan teknologi Kamera CCTV sepertinya akan semakin menarik, dimulai dari komputer yang mulai menggunakan kawalan Kamera CCTV, yang akan mengesan pergerakan dan mengikuti siapa sahaja yang ada di dalam monitor. Kualiti gambar yang diambil kamera CCTV berupa High-Definition.
CCTV untuk masa hadapan juga dapat digunakan untuk merekod pemandangan tengah malam (Night-Vision). Ketika CCTV mengesan adanya gerakan, maka email akan dapat dikirimkan ke alamat yang dituju, memperingatkan pemilik email akan keadaan bahaya yang sedang berlaku.
Jenis CCTV Camera
PTZ Camera
PTZ adalah singkatan dari PAN TILT ZOOM, PAN kemampuan kamera untuk dapat bergerak ke kiri dan ke kanan, TILT kemampuan kamera dapat bergerak ke atas dan kebawah, ZOOM kemampuan kamera untuk memperbesar imej hingga beberapa kali ganda.
Jenis kamera PTZ biasa digunakan untuk memantau wilayah yang luas dengan menggunakan 1 kamera, ini memudahkan pengawas CCTV dalam mengawas dengan menggunakan 1 kamera, kerana PTZ camera dapat berpusing secara automatik atau secara manual digerakkan melalui alat kawalan jauh.
Dome Camera
Diambil nama Dome kerana bentuknya yang seperti kubah (dalam Bahasa Inggeris ), tujuannya agar arah dari kamera CCTV tidak terlihat atau tersembunyi.
Dome Camera yang biasa dijual adalah jenis fix kamera iaitu kamera yang hanya menghala ke 1 arah, namun jenis Dome Camera juga ada yang dapat berpusing dengan cepat iaitu “Speed Dome“.
Perlukah anda memasang CCTV?
CCTV memainkan peranan penting dalam menghalang jenayah berlaku terutamanya apabila penjenayah sedang merancang untuk melakukannya.
Kerana apabila mereka sedar akan kewujudan kamera CCTV di kawasan tersebut, kemungkinan besar ia boleh menggagalkan niat penjenayah untuk menjadikan rumah atau premis anda sebagai target.
Jadi jika anda mempunyai premis, pejabat atau rumah maka sebaiknya anda memasang kamera CCTV dengan secepat mungkin!Rakaman dari CCTV juga sangat penting. Hasil dari rakaman CCTV dapat memberi maklumat kepada kita tentang kejadian yang berlaku.
Contoh, jika ada berlakunya kemalangan, maka hasil dari rakaman CCTV jenis ‘Dash Cam’ dapat memberi kita maklumat tentang jenis kereta, nombor plat kereta dan bagaimana kemalangan boleh berlaku.
Serba sedikit boleh membantu pihak berkuasa melakukan siasatan dan pencarian bahan bukti.Tahap keselamatan di premis anda adalah faktor paling penting dalam penilaian insurans.
Ia menentukan jumlah wang yang anda perlu laburkan untuk lindungi premis anda dengan insurans jika berlaku kerugian. Jika premis anda sentiasa berada dalam keadaan selamat, tiada tuntutan insurans dilakukan, ia dapat mengurangkan kos polisi yang perlu anda bayar.
Pemasangan kamera CCTV di premis anda memberikan keuntungan dari segi kos penyelenggaraan yang hampir kepada tiada kos. Selepas pemasangan kamera CCTV dilakukan, ia akan membantu melindungi dan memantau keadaan premis anda selama bertahun-tahun.
Anda hanya memerlukan kerja pembersihan yang sangat minimal serta pemeriksaan dari pasukan terlatih pembekal kamera CCTV anda secara berkala. Sangat menguntungkan bukan?
Over the years, we have embarked to be the best provider of security and surveillance systems for many homeowners and retailers here in Malaysia. All businesses, regardless of size, warrant our full attention and service. We know our clients definitely need to pay extra attention to such intricate security details at their workplace.
We are one of the leading home security providers in Johor Bahru, Malaysia empowers us to have the experience and true understanding of how security, particularly remote surveillance and access control security, is of uttermost value to any business.
If You Enjoyed This Article, Check These Out Too!
- 9 Reasons Why Your Business Needs A Security System In 2018
- IMPORTANCE OF SURVEILLANCE CAMERAS FOR YOUR HOME’S SECURITY
- 闭路电视监控系统带来了什么好处?闭路电视监控的种类有哪一些呢?
3,508 total views